5 August 2013

Ini semua disebabkan oleh hantu mak limah atau pun mak jemah. Ini lah hantu melayu kita.

SEKILAS KEHIDUPAN

Hidup ini sebuah suratan yang ditakdirkan. Dari kilasan minda hamba,Kehidupan itu dikategoikan kepada Keagamaan,Keluarga,Pelajaran,Perkahwinan dan Pekerjaan. Diantara kategori-kategori ini terdapat seribu rintangan yang berapi. Disini lah timbul masalah seperti peperangan,propaganda, pergaduhan, ketamakkan dan segala macam masalah.Tetapi jika direnungi kembali kategori ini hanya ada 5 asas utama menjadikan ianya sebuah KEHIDUPAN. Dengan hadirnya masalah diantara 5 kategori kehidupan ini maka akan berlaku lah warna warni sebuah kehidupan. Hamba juga berpendapat bahawa erti dan cara mengenali sebuah kehidupan ini adalah merenungkan diri sendiri. Duduk di sebuah pulau bersendirian, bersebati dgn alam semulajadi dan merenung kearah suatu sudut dapat memberikan sejuta rasa yg sukar digambarkan.Dgn cara ini erti kehidupan itu akan melintasi pandangan akal secara senyap dan dapat dirasai didalam hati.

Zaman sekarang telah wujud satu sistem yang amat dahsyat yg sangat berkait dengan 5 asas kehidupan iaitu teknologi dan sains. Teknologi dan sains asli telah merobah bentuk asal sebuah kehidupan yg seperti kita ketahui adalah lebih asli dan logik.

Teknologi dan Sains telah merosakkan kehidupan semulajadi, membebal kan setiap manusia di muka bumi, mengubah mentaliti semulajadi manusia dan menjauhkan kita dari yg maha esa. Zaman dahulu bukan zaman teknologi, walaupun ada penemuan2 teknologi dahulu kala tetapi tidak sehebat skrg. Namun peradaban dan cara hidup zaman dahulu lebih hebat dari skrg. Manusia dahulu jauh lebih bertamadun dan hormat antara satu sama lain.bersambung...